Tuesday, January 6, 2009

niAT pUaSe 10 MuharRam

Puasa pd 10 Muharram....
kwn2 nie la niat die....

Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
selamat beramal.....hehehehhe

Monday, January 5, 2009

Muharram.....

assalmualikum semua....hehehhe
jmpa lg kite....

esok bersamaan 10 muharram ( 7 januari 09)...so, sm2 la kite berpuasa sunat pd esk hri..byk gnjarannye.. insyaAllah..kalau ikt bln Islam bulan Muharram juga femes ngn AsSyura..sy nk kongsikan sedikit sebnyak mklmt yg sy ketahui mengenai bulan Muharram ni... sape2 yg nk tmbh silakan lah....amat2 di alu-alukan
bulan muharam adlh bulan pertama Islam dalam takwin Hijrah...mengikut surah AL-Baqarah ayat 91, Muharram merupakan bulan yg dilarang atau di haramkan, dimana Allah melarang melakukan peperangan atau pertumapahan darah..tapi larangan ini ditamatkan slps pembukaan Makkah

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.